Monday 29 July 2013

TASIK KETITIR

Lokasi

Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Pengangkutan Awam

Tiada pengangkutan bas awam ke Tasik Ketitir. Hanya teksi di stesen bandar lama sahaja beroperasi ke Taman Tasik dengan tambang RM 2. Dari stesen bas dan teksi bandar baru kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.

Tarikan

Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.











No comments:

Post a Comment