Monday 29 July 2013


STESEN KERETAPI GUA MUSANG


Stesen keretapi Gua Musang ialah sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Gua Musang Kelantan Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Tren tempatan dari Stesen Keretapi Tumpat akan tamat di Stesen kereta api Gua Musang. Trem tempatan akan berhenti-henti di setiap stesen kecil seperti di Stesen kereta api Bunut Susu . Menariknya kereta api ini akan melalui 6 buah terowong iaitu antara Stesen keretapi Dabong dengan Stesen keretapi Kuala Krai.

Kedudukan

Stesen ini terletak dipinggir bandar Gua Musang. Di sepanjang landasan kereta api terdapat jalan raya dua hala. Gua Musang terbahagi kepada 2 iaitu Gua musang lama dan Bandar baru Gua Musang. Jarak dari stesen kereta api ke bandar lama kira-kira 1 km . Jarak dari stesen kereta api ke Bandar Baru Gua Musang kira-kira 6 km. Bandar ini jauh lebih besar daripada Tumpat dan Wakaf Bharu. Banyak hotel pasar raya kedai stesen minyak di Gua Musang. Teksi dan kereta sapu memberi perkhidmatan di luar stesen kereta api. Di stesen ini aktiviti jualan hasil kampung diadakan. Pada waktu malam 12 malam makanan dan minuman seperti nasi lemak dan bihun disediakan kepada penumpang kereta api.

Bukit Batu Kapur

Stesen kereta api Gua Musang ini terletak di sebelah bukit batu kapur Gua Musang. Bukit batu kapur ini penuh dengan stalagtit dan stalakmit gua kecil dan besar. Bukit dan gua ini dipisahkan oleh landasan kereta api. Di kaki bukit batu kapur ini terdapat beberapa buah rumah setinggan yang mendiami tanah rizab kereta api . Pelajar dan pelancong boleh mendaki ke Gua Musang menggunakan perkhidmatan penduduk di situ atau bertanya kepada pemandu teksi . Pendaki terpaksa melintasi landasan kereta api sebelum menjejakkan kaki ke muka gua. Tinggi gua ini kira-kira 100 meter. Muka gua agak kecil dan sempit. Tidak disediakan tangga-tangga simen. Cuma ada laluan lama oleh pendaki terdahulu. Fenomena bukit batu kapur agak banyak dari Gua Musang hingga ke Kuala Krai dan Kuala Lipis. Cerunan bukit batu kapur ini nampak jelas kerana berdinding tegak terbuka tanpa ada sebarang pokok.









GUA MADU


Lokasi

Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke tempat tersebut.

Pengangkutan Awam

Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi. Perkhidmatan teksi dan teksi persendirian teksi sapu mudah didapati di stesen bas dan teksi Gua Musang.

Tarikan

Gua Madu antara rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.





KELAB REKRESI PERDANA PADANG GOLF

Kelab Rekreasi Perdana Padang Golf dan Sukan Berkuda
Bagi tujuan riadah Jajahan Gua Musang mempunyai sebuah padang golf bagi pengunjung atau pelancong yang mengemari permainan golf. Padang golf tersebut ialah Kelab Rekreasi Perdana terletak berhampiran Taman Etnobotani. Ia merupakan padang golf 9 lubang yang dilengkapi dengan rumah kelab dan restoran serta terbuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang berpatutan. Pada masa kini padang golf tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan terutama bagi penduduk di bandar Gua Musang.


TASIK KETITIR

Lokasi

Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Pengangkutan Awam

Tiada pengangkutan bas awam ke Tasik Ketitir. Hanya teksi di stesen bandar lama sahaja beroperasi ke Taman Tasik dengan tambang RM 2. Dari stesen bas dan teksi bandar baru kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.

Tarikan

Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.











HOMESTAY DI GUA MUSANG

Homestay Kampung Jelawang


 Homestay kampung Jelawang terletak kira-kira 45 minit dari bandar Gua Musang dan hanya beberapa minit dari Air Terjun Stong. Aktiviti-aktiviti lain yang termasuk dalam pakej Homestay Kampung Jelawang selain daripada air terjun Stong ialah memancing ikan di Sungai Kelantan,  mendaki Gunung Stong, meredah hutan, dan lawatan ke kebun buah-buahan seperti durian rambutan dan duku. Pengunjung juga akan dapat merasai dan mempelajari cara untuk memasak hidangan tradisional Kelantan seperti laksam dan pengat pisang. Program homestay ini dapat dibuktikan untuk menjadi satu usaha yang membuahkan hasil kepada penduduk Kampung Jelawang. ini disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan mereka. Daripada 1 500 penduduk Kampung Jelawang 10 orang penduduk yang mengambil bahagian dalam program ini telah meraih manfaat kerana ia dijadikan operasi pada Ogos 2008.





Homestay Renok Baru

SEJARAH
Homestay Renok Homestay Renok Baru mula beroperasi beroperasi beroperasi sejak 1999 dan rasminya rasminya  pada Februari 2003  setelah mendapat  pengiktirafan  dari Kementerian  Kebudayan Kesenian Dan Pelancongan Malaysia.
 Homestay Renok  Baru telah menempa sejarah kemenangan  demi kemenangan dan ini  memberi kayakinan kepada Agensi Kerajaan untuk menghulurkan projek serta pembangunan bagi mengindah dan menceriakan  persekitaran kampung bagi  menarik minat pelancong.

KEMUDAHAN ASAS

  • Masjid Kenok Baru
  • Dewan serbaguna
  • Medan Linfodesa
  • Bilik gerakan
  • Klinik kesihatan
  • Tadika 
  • Taska
KEMUDAHAN PELANCONGAN
  • Dataran Sungai Angkat
  • Air Terjun Jeram Pelangi
  • Kebun Herba
  • Kebun Buah.buahan
  • Ladang getah
  • Ladang kelapa sawit
  • Kraftangan
  • Ikan perkasam
  • kolam Ikan air tawar
  • Pembuatan makanan ringan
  • ladang ternakan Kambing

     






























HOMESTAY KG BATU PAPAN

SEJARAH
-  Homestay batu papan ditubuhkan pada tahun 2002 dengan jumlah rumah sebanyak 20 buah bagi menampung 40 orang peserta (pelancong) dalam satu-satu masa.

- Homestay batu Papan berada di dalam kawasan kampung Gerakan Daya Wawasan yang dimajukan oleh KESEDAR.

KEMUDAHAN PELANCONGAN

  1. Gua Batu Madu
  2. Jambatan gantung
  3. Sungai Batu Papan
  4. Kolam ikan air tawar
  5. kilang sos (NAILA SOS)
  6. kilang perabot
  7. Ruang solat dalam gua (50 peserta)
  8. Taman Etnobotani
  9. Kem PLKN
  10. Padang golf
  11. Tokong Cina Pulai
  12. Kebun buan-buahan
  13. Ladang getah
KEMUDAHAN ASAS
  1. Masjid
  2. Dewan orang ramai
  3. Medan info desa
  4. Dewan Terbuka
  5. Bilik gerakan
  6. Padang awam
  7. Tadika
  8. Taska
  9. Elektrik 24 jam
  10. Bekal air bersih
KEBUDAYAAN
  • Seni silat Melayu
  • Pasukan dikir barat(dikir barat belia, dikir barat puteri)
  • pasukan nasyid
  • pasukan kompang
                      
                

                       

               




     

Tuesday 23 July 2013



PROGRAM MENCANDAT SOTONG DI KELANTAN 
(LKIM KUALA BESAR)


 
LAWATAN KE GUA MUSANG
(3 HARI 2 MALAM)

HARI PERTAMA:

3.00 Petang -  bertolak dari Kuala Lumpur
                     Dijangka tiba di gua Musang
                     Sambutan ketibaan oleh Homestay
                     Batu papan
                     Minum petang
                     Pembahagian keluarga/rumah
8.00 Malam    Makan malam di Gua Madu








HARI KEDUA

8.00 pagi       minum pagi di Homestay batu Papan
9.00 pagi       mendaki Gua Musang
12.30 t/hari    Makan tengahari di stesen bas Lama
1.00 t/hari      Solat zohor di masjid Tengku Faiz Gua Musang
2.00 petang    lawatan ke Taman Etnobotani (KESEDAR)
3.30 petang    lawatan ke Padang Golf
5.00 petang    check in di Kesedar Inn
                     BBQ









HARI KETIGA

8.00 pagi        minum pagi di Kesedar Inn
9.00 pagi        melawat Perkampungan PPMS
10.00 pagi      lawatan rumah ibadat Tionghua
12.00 t/hari    makan tengahari
2.00 petang    bersurai

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                PRICE  :RM 200.00 NET PER PERSON  
       ( MIN.40 ADULT PAX)





PESTA MENYEMBUR AIR (PESTA SONGKRAN)

HARI 1
SUNGAI GOLOK-PATTANI
  • sampai di Rantau Panjang meneruskan perjalanan ke pejabat emigrasi dan berlepas ke Pattani
  • melawat Masjid Talok Manok (masjid 300 tahun) ,Masjid Krue Se, Masjid Utama Pattani
  • mendaftar masuk hotel
  • makan tengahari dan makan malam di restoran muslim






HARI 2
PATTANI-SONGKHLA-HATYAI
  • sarapan pagi di hotel 
  • melawat Yarang Ancient Town  kerajaan purba Langkasuka
  • berlepas ke Songkhla
  • melawat Samila Beach dan Pantai Duyung
  • melawat Prem Brigde di Kok Yo dan berlepas ke Hatyai
  • mendaftar masuk ke hotel
  • membeli belah di Hatyai ( Hatyai Plaza ,Nora Plaza ,Big C)
  • makan tengahari dan makan malam di restoran muslim
  • (Pesta Song Kran)










HARI 3
HATYAI


  • Sarapan pagi di hotel
  • membeli-belah di Hatyai (Hatyai Plaza, Nora Plaza, Big C)
  • melawat pasar terapung di Hatyai (dibuka pada hari jumaat - ahad sahaja)
  • makan tengahari dan makan malam di Restoran muslim di Hatyai.




HARI 4
HATYAI- SUNGAI GOLOK
  • Sarapan pagi di restoran tempatan 
  • aktiviti bebas
  • tengahari bertolak balik ke Sungai Golok
  • makan tengahari dan makan malam di restoran muslim

PAKEJ TERMASUK :
  • Semua penginapan double/twin/triple sharing
  • pengangkutan berhawa dingin sepanjang lawatan 
  • segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untk memasuki tempat-tempat lawatan.
  • pemandu pelancong berbahasa english bagi setiap lawatan
  • makanann seperti yang ditunjukkan (sarapan pagi, makan tengahari, makann malam), minuman tidak termasuk
  • insuran
  • pengangkutan dari Gua Musang - Rantau Panjang-Gua Musang