Monday 29 July 2013


STESEN KERETAPI GUA MUSANG


Stesen keretapi Gua Musang ialah sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Gua Musang Kelantan Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Tren tempatan dari Stesen Keretapi Tumpat akan tamat di Stesen kereta api Gua Musang. Trem tempatan akan berhenti-henti di setiap stesen kecil seperti di Stesen kereta api Bunut Susu . Menariknya kereta api ini akan melalui 6 buah terowong iaitu antara Stesen keretapi Dabong dengan Stesen keretapi Kuala Krai.

Kedudukan

Stesen ini terletak dipinggir bandar Gua Musang. Di sepanjang landasan kereta api terdapat jalan raya dua hala. Gua Musang terbahagi kepada 2 iaitu Gua musang lama dan Bandar baru Gua Musang. Jarak dari stesen kereta api ke bandar lama kira-kira 1 km . Jarak dari stesen kereta api ke Bandar Baru Gua Musang kira-kira 6 km. Bandar ini jauh lebih besar daripada Tumpat dan Wakaf Bharu. Banyak hotel pasar raya kedai stesen minyak di Gua Musang. Teksi dan kereta sapu memberi perkhidmatan di luar stesen kereta api. Di stesen ini aktiviti jualan hasil kampung diadakan. Pada waktu malam 12 malam makanan dan minuman seperti nasi lemak dan bihun disediakan kepada penumpang kereta api.

Bukit Batu Kapur

Stesen kereta api Gua Musang ini terletak di sebelah bukit batu kapur Gua Musang. Bukit batu kapur ini penuh dengan stalagtit dan stalakmit gua kecil dan besar. Bukit dan gua ini dipisahkan oleh landasan kereta api. Di kaki bukit batu kapur ini terdapat beberapa buah rumah setinggan yang mendiami tanah rizab kereta api . Pelajar dan pelancong boleh mendaki ke Gua Musang menggunakan perkhidmatan penduduk di situ atau bertanya kepada pemandu teksi . Pendaki terpaksa melintasi landasan kereta api sebelum menjejakkan kaki ke muka gua. Tinggi gua ini kira-kira 100 meter. Muka gua agak kecil dan sempit. Tidak disediakan tangga-tangga simen. Cuma ada laluan lama oleh pendaki terdahulu. Fenomena bukit batu kapur agak banyak dari Gua Musang hingga ke Kuala Krai dan Kuala Lipis. Cerunan bukit batu kapur ini nampak jelas kerana berdinding tegak terbuka tanpa ada sebarang pokok.








No comments:

Post a Comment